Wednesday, 3 April 2013

Tak pernah kuusik kuterdetik


Kalam merah membusuk maya
khilaf bukan aku mencanang
mayaku, hanya puisiku
kanvas hatiku tegal putih
tiada cacat kerana mengejar
ikhlasku bertangga mulia
tiada kumemburu selera

Jangan membungkah gila
basuh amarah cari kebenaran
takut lanatullah kamu nanti
cuma pesanku, insan hambaNya
menyuluh biar ternampak
hitam... putih...berselut
hanyir membusuk aksara
ingat !, Allah itu satu
tiada dua mahu berapa
cuma SATU !

Ingat ! bermegah mendabik dada
jangan pecah, dibakar panas dusta
kasihan ibu, membina adat pada dunia
anak celaka. mengunjur binasa
pecah mulut, muntah berbisa
insan..., kembalilah...!
azabNya amat berat...!

Aku...?
mengendong setiap ujianNya
sentiasa basah gudang fikir
sering cerah dalam ilmuNya
sabar kerana terisi kebenaran diri
diamku, lebih baik dari bersuara
menggongcang tidak padaku
kerana aku benar dalam puisiku
kerana aku cuma untuk puisi
seadanya aku kerana seadanya
puisiku untuk berkongsi
tak pernah kuusik kuterdetik.

Moyyu
3.4.2013.

No comments:

Post a Comment