koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 20 May 2013
dan
dan...kita masih mencari
dan kita terus mengharap lagi dan lagi
tanpa henti
dalam ada
masih banyak yang terasa tiada
dan kita menagih pinta dan meminta-minta
lalu kita memburu dan diburu
keserakahan nafsu menjadi persinggahan rindu
dan kita lupa, dan melupa-lupakan sejarah
lalu amanah dan maruah diri terlelong murah
dan...kita menanti dan terus menanti
waris-waris dan pewaris bijak bistari
menyimpul kasih menenun janji murni
menyemarak damai dan mengharum wangi bumi warisan tercinta ini.
~msa: 20,5,13 .443sk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment