koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 20 May 2013
Gurindam buaiku laju.
Laju-laju buaiku laju
bawalah rindu dari kalbuku.
Laju-laju buaiku laju
bawalah sendu dari hatiku.
Laju-laju buaiku laju
bawalah syahdu dari jiwaku.
Laju-laju buaiku laju
bawalah aku ke ribaan kasihku.
Laju-laju buaiku laju
bawalah aku ke dakapan cintaku.
Laju-laju buaiku laju
bawalah aku ke kamar perindu.
Laju-laju buailah aku selaju mahumu.
ss/spl/pm ... 20/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment