koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 7 May 2013
Kalau matang, usah dimarakkan lagi api itu.
Sepuluh tahun
... tak lama je lagi
usiaku menginjak limapuluhtiga
melewati setengah abad
aku bernyawa
nafasku dipinjamkan Yang Esa
... bersyukurkah aku
atau matangkah nanti aku
untuk mencorak kehidupan di muka dunia
menerajui bahtera kehidupan
tanpa prejudis di dada
atau mungkinkah aku
kekal tidak matang
andai dugaan mendatang
kecundang dihamparkan
menuding jari mencari kesalahan
dan membiarkan
... anak-anak didik di bawahanku
berseteru
hidup mereka berpuak-puak
sentiasa bergolakan.
Sepatutnya aku sudah matang ketika itu
... belajar dari pengalaman.
ss/spl/pm ... 07/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment