koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 7 May 2013
Seandainya.
Seandainya peluru bermata
akan berkatalah peluru
bukan salahku ... dibidik dek jari pemburu
tidaklah aku tersalah tuju.
Dan seandainya lidah pula diberi peluang
untuk berkata-kata, dengan sendirinya
maka akan berkatalah si lidah
bukan salahku yang tiada berminda.
Jadi, seandainya kita bermata di dalam minda!
... lihatlah akan kebenarannya
di sebalik kata-kata
yang aku pujanggakan buat semua.
ss/spl/pm ... 07/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment