koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 3 June 2013
BERLIMPAHAN KASIH SAYANG.
Di sini sayang di sana sayang
di situ sayang di sinun pun engkau sayang
bergelen-gelen kasih dan sayang
berbilang-bilang jejaka pilihan
yang tampan dan yang mampan
juga yang macam papan
semuanya engkau katakan sayang
menjadi fantasi berkasih sayang
duda, bujang
mungkin juga suami orang
engkau lahirkan
kata-kata penuh kasih - sayang
namun kasihan
tidak semua termakan umpan
tidak semua termakan bujukan
kini engkau mula kesepian
bila semua meminggirkan
tinggallah engkau kesunyian
... keseorangan
kasihan.
ss/spl/pm ... 03/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment