koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 12 June 2013
CATATAN PENGEMBARA SENI VI.
Di malam kembaraku ini
aku lepaskan keluhan yang bersisa basi
berbatuk namun tidak berbunyi
tenggelam sepi.
Di malam kembaraku ini
aku sujud bersejadahkan bintang di dahi
di tanah berselutkan sucinya bumi
telanjangkan diri.
Di malam kembaraku ini
aku bertafakur di alam yang sunyi
berwirid di lidah alunan bunyi
bersaksikan hati.
Dan ... ,
di malam kembaraku ini
aku mengiringkan tubuh yang hampir mati
ubun berkiblatkan Yang Suci
moga dirahmati.
Aku bersembah pada Ilahi.
SAZALEE SULAIMAN ... 12/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment