koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 6 June 2013
DUNIA KITA DUNIA BERBEZA.
Dunia kita
dunia yang berbeza
banyak perbezaannya
di antara kita
berdua.
Engkau dengan caramu
di landasan bicara berkotak
tanpa siapa melihatnya
tersembunyi segala kata-kata
dan seloka.
Sedangkan aku
di landasan bicara terbuka
berkarya pujangga
tanpa tertutup bicara
tiada rahsia
... boleh dilihat semua
yang bermata.
Dunia kita
terlalu jauh berbeza.
ss/spl/pm ... 06/06/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment