koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 9 June 2013
ERTI CINTA DAN PERJUANGAN.
Apa erti sebuah cinta
jika tiada pengorbanannya
hanya berserah tanpa berusaha
mengalah pada takdir.
Apa erti rasa cinta
kalau menyeksa jiwa dan raga
mengalah sebelum waktunya
menyerah tiada perjuangannya.
Lihatlah padang yang lapang
mengharap kasih pada si lalang
meliputi tanah yang gersang
memperjuangkan nikmat keindahan
dan lalang menghadiahkan dedebunga
mencantikkan lagi permandangan
terhindar kekontangan
menghalang kegersangan.
Rumput dan lalang menjadi perlambangan
betapa cinta perlu diperjuangkan
oleh kedua-dua insan
yang bercinta.
SAZALEE SULAIMAN ... 09/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment