koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 7 June 2013
Harta Dunia
Cu!
Atuk serah semua pada bonda
bagaimana dibelanja
bagaimana dibahagi buat cucunda
atuk tak mengira
ini semua harta dunia
Nak!
Bonda guna semua
sikit-sikit dibelanja
buat anakanda penuhi ilmu ke dada
bonda tak mengira
ini semua harta dunia
Atuk dan Bonda!
terima kasih tak terhingga
membekal ilmu untuk hari muka
moga jasa kamu diredha Yang Esa
walau hanya harta dunia
kami janji kami kayakan kamu dengan doa
mudahan memperoleh nikmat syurga.
CNM, 7/6/13, THMK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment