koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 12 June 2013
INGAT! ADA YANG MEMERHATI
Selamat pagi negaraku
selamat pagi pak menteri-menteri
selamat pagi ahli-ahli yang berhormat
selamat pagi pemimpin-pemimpin.
Inginku tahu apa perancangan kalian
untuk kalian lakukan hari ini
ingin juga aku tahu
apa yang kalian fikirkan untuk hari ini
adakah kalian fikirkan tentang negara
tentang rakyat
tentang amanah
tentang tanggungjawab
…atau tentang tembolok kalian sahaja.
Ingin kutahu juga
adakah kalian masih di rumah
atau baru bingkas dari kelubung selimutmu
atau di pejabat
bersandar di kerusi empuk
atau melawat kawasan
yang pernah kalian janjikan
dengan bermacam-macam janji
atau sekadar
duduk membaca akhbar
tanpa buat apa-apa.
Walau apa pun yang kalian lakukan
satu perkara yang kalian tak harus lupakan
…rakyat marhaen memerhati
…Tuhan juga memerhati.
Qalam Bertinta
12062013
1059am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment