engkau tinggalkan jejak-jejak
dalam lumpur kemelut rindu
jika terik matahari
bakal kering membatu
jika hujan yang datang
tenggelam di takungan air
engkau tinggalkan jejak-jejak
tanpa tulisan sebagai panduan
tiada buku untuk rujukan
tiada tanda untuk dipancangkan
engkau tinggalkan jejak-jejak
buat hirisan luka
mengalirkan cerita kemusnahan
sekeping hati yang pilu
Jue Affendi — at De Palma Hotel, Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment