Monday, 10 June 2013

L E S U


seketika...
mata itu menjadi lesu
memandang tanpa mahu
lelah sejuta nafas
keluh yang hanyir, menyentak lepas
nyeri di perdu hati, beban digalas
mampukah kudrat dikerah
sebelum langkah mati
di antara garisan sendiri

seketika...
mata itu menjadi lesu
cuba memuntahkan seluruh racun
di antara jiwa nan luluh
yang kian luruh.

~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
100613/4;12pm

No comments:

Post a Comment