koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 5 June 2013
Laluan ~
Lalu berlalulah suatu peristiwa
pada laluan yang diteroka
awalanya dirasakan terlalu payah
diseparuh jalan keyakinan mulai goyah
rebah-rempah terseradong kaki
terpaksa melalui reba-reba berduri
sendirian di tengah belantara sepi
lalu merebas air mata di pipi
Lalu-lalang angin berdesiran
mendesis bisikan pesanan kecintaan
"hidup ini adalah perjuangan"
Lantas detak jantong mengatur nafas
detik hati membait lafaz
detap rasa mengunggunkan semangat
sarwa doa memakbulkan niat.
~ msa: 05062013 SK443
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment