koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 18 June 2013
MAWARKU.
Senyuman cinta yang kautinggalkan
kekal bersemi menghiasi hati
umpama mawar kembang berjambangan
bertitisan embun kalbu bersaksi.
Sepanjang hari rindu melambai
mengelamun di tangga senyuman terbayang
seakan-akan datang membelai
kusambut tiba pulangnya sayang.
Sungguh indah hati terasa
cinta bersemi di senja menanti
keranamu kasih biar terseksa
sanggup kunanti bawa ke mati.
Mawar cinta di lewat usia.
SAZALEE SULAIMAN ... 18/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment