koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 5 June 2013
PERSAHABATAN BUKAN PAKSAAN.
Kalau bertamu di Pekan Rabu,
jangan terlupa membeli gelama;
kalau bertemu idaman kalbu,
jangan terlupa kami yang lama.
Kalau menguning padi di sawah,
mari bersama pergi menuai;
kalau mengening hati yang marah,
itu maknanya ikhlas terlerai.
Kalau menjala di atas titi,
berhati-hati jangan terjatuh;
kalau terasa sakitnya hati,
usah termakan nista bergeruh.
Kalau menziarah si orang sakit,
bawalah sedikit si buah tangan;
kalau dah lumrah puisi sedikit,
akurlah kami tiada paksaan.
Kalau berbondong di dalam taman,
biar beramai jangan berdua;
kalaulah kosong sunyi halaman,
relalah kami tinggal berdua.
Kalau hendak pergi berlayar,
ilmu laut mestilah ada;
kami budak baru berlajar,
masih jauh dari pandainya.
Biarlah.
ss/spl/pm ... 05/06/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment