koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 2 June 2013
SAYAP ANGANKU
Aku ingin terbang jauh
tanpa batas melangkau
bukit dan gunung
meredah rimba dan paya
merentasi sungai dan laut
merempuh awan yang memutih.
Aku ingin menyaksikan
keindahan alam ini
bersama kembangnya sayapku
bertebaran berterbangan
keseluruh alam
berlumba bersama sang angin
memadu kasih bersama rintik hujan
menyanyi dan bersiulan
hingga angin berdesir cemburu.
Jangan bangunkan aku dari
mimpi indah ini
kerana aku tak punya apa-apa
selain mimpi ini
Cahaya Laila
2 jun 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment