Mata tertumpu melihat angkasa
titik-titik merah datang mempersona
bergerak pantas di sudut jingga
tidak termati pergerakannya.
Apakah gerangan jadi tanda tanya
titik-titik merah mendatangkan leka
berekor putih terlukis di angkasa
semakin dekat semakin asyik menatapnya.
Ahh!
Sebutir titik merah menjunam laju ke perut bumi
di tempat mata yang melihat tiada sedetik berperasangka
persona yang datang terjawab akhirnya
namun terlewat memberikan amaran merah jingga.
Bergelimpanganlah tubuh-tubuh melata
hancur berkecai tiada nampak macam manusia
kerana asyik menatap titik merah yang mempersona
... hilanglah nyawa
lenyaplah mereka dari muka dunia.
Bersediakah pula kita untuk menghadapinya
seandainya titik-titik merah dihalakan kepada kita
di bumi Malaysia yang masih hijau ubun kepala
yang asyik dan ralit bergaduh sesama
... kuasa politik membutakan mata.
Bersediakah kita?
SAZALEE SULAIMAN ... 06/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:
Post a Comment