koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 18 June 2013
USAHLAH BERDENDANG SAYANG.
Bila kita kata sayang
kita akan bermati-matian
mempertahankan
benda yang kita katakan sayang
walau berdiri bersendirian
walau berjuang bersendirian
kita akan tetap perjuangkan
walaupun hanya berpegang kepada tiang
segala yang diaturkan
segala majlis yang diadakan
akan kita jalankan selagi berkemampuan
selagi kita mampu jalankan
jangan hanya pandai berdondang sayang
berkata-kata mengatakan sayang
tapi kerjasama jarang diberikan
majlis diadakan dipandang gampang.
Siapa yang bermuka-muka sekarang?
Lidah pula
jangan sedap mengatakan sembarangan.
SAZALEE SULAIMAN ... 18/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment