Friday, 14 March 2014

TEORI ATAU KONSPIRASI ATAU TEORI KONSPIRASI


Teori atau konspirasi atau kedua-duanya sekali yakni teori konspirasi yang sering bermain di minda seseorang yang penuh imaginasi. Amat merbahaya. Jangan dibuat-main oi.

Teori:
Ada ke patut dikatakan aku menyorokkan topeng penutup mulut dan hidung sempena jerebu ni. Sedangkan memang tak jumpa langsung bila dicari di dalam stor. Aduhai! Hilang tak dapat dikesan.

Konspirasi:
Bos beli baru je le! Bukan mahal pun. Meh sini aku pergi beli. Bos keluarkan duit je dalam RM10.00 pandailah aku beli yang murah. Tapi tuntut pembayaran mahal sikit. Kan? Hihihi.

Teori konspirasi:
Aku sengaja je sorokkan topeng mulut dan hidung tu. Dalam perancangan mengambil kesempatan musim jerebu untuk buat duit lebih. Nak hidup be! Beli 1 kotak campur dengan 4 kotak yang aku sorok dah jadi 5 kotak. 1 kotak aku tuntut RM40.00 darab 5 kotak ialah RM200.00. Kaya-kaya, untung-untung. Pak cik kayo. Bahagi dua dengan bos dapat seorang RM100.00. Siapa nak bagi...kan?

Ha! Tu baru betul teori konspirasi...hihihi.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
14/03/14.

No comments:

Post a Comment