koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 14 March 2014
RENUNGAN
Bicara berhemah:
Orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa.
Orang boleh lebih kurang dengan kita jangan pula kita tidak mahu berlebih kurang dengan orang lainnya. Dah diberi betis mahukan pula paha. Dah diberi paha mahukan kepala pula. Kerja untuk mencari rezeki yang halal. Dan untuk mencari rezeki yang halal kita perlulah amanah dalam bertugas. Waktu rehat yang diberi adalah lebih dari mencukupi, janganlah kita meminta waktu rehat orang lain pula. Itu menunjukkan yang kita sendiri bermasalah.
Bicara kurang berhemah:
Masuk kandang kambing kita mengembek
masuk kandang harimau kita mengaum.
Jangan kita samakan tempat kerja yang baru dengan tempat kerja yang lama. Situasi tempat kerja tidak sama di antara satu sama lain. Kalau rasa tidak boleh bertoleransi atau berlebih kurang dengan rakan setugas yang lain, berhentilah dengan cara yang baik agar bila berselisih bahu nanti boleh kita bertegur sapa dengan muhibahnya. Dan carilah tempat kerja yang lain yang anda rasa lebih berbaloi cara pekerjaannya atau kembalilah ke tempat kerja yang lama.
Kerja yang mudah usah kita memberatkannya. Yang ringan kita ringankan lagi tetapi harus mengikut ketetapan yang telah diberikan. Itupun kalau rasa waktu rehat yang diberikan boleh didapati di tempat kerja yang baru ataupun di tempat yang lama.
Waktu rehat yang diberi adalah toleransi dari ketua di tempat kerja tersebut bukannya diberikan oleh syarikat.
Renung-renungkanlah.
Oh ya! Jangan tanya siapa yang bersuara kalau tidak tahu atau tidak mengenali siapa orang tersebut. Salam di pagi Jumaat yang barakah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
14/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment