Thursday, 13 March 2014

FALSAFAH RIMBA


Lahir liar
hidup bebas
memburu
diburu
mencari-mencuri
nikmat
keberhasilan.

Ego untuk bertuan
mempertahankan
atau merebut peluang
berpasangan
mengawan
berketurunan
siapa kuat dialah puan.

Kerana!... ,
di mana ada kemahuan
di situ ada jalan
terhidang
dibuka-terbentang
hanya perlukan
sedikit pengorbanan.

Korban atau terkorban
lumrahnya alam, rimba kejadian
tahu apa dimahukan
mahu apa dikehendakkan
kehendak harus diperjuangkan
berjuang terus berjuang
mengalah tidak dipersembahkan.

Itu adat falsafah rimba.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
13/03/14.

No comments:

Post a Comment