koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 15 March 2014
BIARKAN AKU PERGI : Dedikasi khas untuk pesawat MH370
Biarkan aku pergi
terbang di angkasa tinggi
bagaikan camar
bebas mengungguli
walaupun patah
sayapku nanti
relalah aku
ghaib tidak tercari.
Biarkan aku pergi
sendiri di kaki langit sunyi
memandang sepi
anak-anakku menanti
mungkin suatu hari nanti
baru mereka sedari
hakikat syukur
nikmat kasih dan rindu Ilahi.
Biarkanlah aku pergi
usahlah kautangisi
perginya aku
tidak akan mahunya aku kembali
biar tiada bernisan
biar tiada kuburku nanti
bagai helaian pelepah
jatuh berselerak di serata bumi.
Biarkanlah aku pergi
membawa kedamaian di bumi.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
15/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment