koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 13 March 2014
MENTERA MENGHALAU TOK BOMOH
Fuh kanan
fuh kiri
fuh depan
fuh belakang
fuh atas
fuh bawah
berkat doa baginda Ali
: Ada juga yang makan penyepak karang ni.
Pergi jauh
jangan mendekat
tidak kujemput
tidak kupikat
tidak kuseru
tidak aku mahu
datangnya kamu tidak kurestu
: Rapatlah kalau nak rasa penerajangku.
Fuh fuh fuh.
Publisiti terlampau.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
13/03/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment