Monday, 5 March 2012

BERWASPADA DI ALAM MAYA



Teman...di sini aku lakarkan sebuah kata
sebagai kalimah muka kepada sebuah karya
yang membisikkan kisah suka dan duka
tentang kehidupan...hidup di alam maya.

Teman...ingatlah
teman 'gembira' mudah kita jumpa
petik jari menderu datang mereka
tanpa kita pinta...tanpa kita mencarinya
pasti terhegeh-hegeh; datangnya...datangnya mereka menyapa.

Tapi teman...teman di kala kita berduka
amat payah hendak kita jumpa
hendak pula kita hanya berteman...bersahaja di alam maya
cubalah teman bertanya kepada mereka
mahukah mereka menangis bersama kita
di saat duka bermahkota di dalam dada...di saat tangisan beratapan hiba.

Pasti jawapannya...wahai teman!

Tiada...!
Jawapannya tiada
tiada siapa yang mahu berkongsi kisah duka kita
kerana bagi mereka kita hanya menyusahkan sahaja
sedangkan mereka juga cuba...hendak melupakan masaalah mereka
ya...!
Mereka juga ada masaalah yang menimpa...mereka.

Salahkah mereka?
Hendak disalahkan mereka?

Tidak teman...!
Mereka tidak bersalah
kerana kita semua hanya berteman di alam maya
sedangkan wajah pun...tidak pernah kita jumpa
apatah lagi bertentangan mata
dan bercium...berdakapan bibir sesama kita.

Jadi ingatlah teman...berwaspadalah sentiasa
jangan tersalah pilih teman; di 'alammaya'
kelak tersiksa...hati tersayat duka nestapa
tak terbendung kata...jiwa kita jadi taruhannya
aib terbuka; malunya...mana hendak kita letakkan muka.

Berwaspadalah.

ss-z/spl/pr..05-mac-2012.

No comments:

Post a Comment