Kau lihatlah tu...ramai yang berpusu-pusu
bersesak-sesakan...berebut-rebutan
ada yang bertolak-tolakan
untuk menaiki bas mini
mungkinkah kerana harga tambangnya
atau mungkin juga kerana kederasan pacuan
oleh pemandunya...yang mengalahkan pemandu Formula One.
Sedangkan aku; bas besar
lengang...tiada berpenumpang
hanya sepi di pandangan
mungkin juga bukan jagoan gelanggang
yang kurang diminati penumpang
untuk dikejar-kejarkan.
Tapi yang pastinya!
Itu dulu...bukan sekarang!
Sekarang akulah jagoaan si badang
meneroka di pekan-pekan dan juga di bandaran
tidak seperti bas mini hidupnya malu...matinya tak mahu.
Pak Belang mati meninggalkan belang
Bas Mini mati meninggalkan kesan tayar berbelang-belang.
Heh...Heh!
Siapa jagoan sekarang.
ss-z/spl/pm...19-mac-2012.
No comments:
Post a Comment