Kau kata kepadaku!
"Itulah abang ada masaalah sikit
habis semua orang abang beritahu
abang keluarkan melalui kata-kata puisi
dan orang semua tahu perangai abang"
Engkau berkata lagi!
"Hanya kita yang tahu
masaalah yang kita lalui
tak perlu semua tahu apa yang berlaku
Tasha tahu!
Abang pernah beritahu dahulu
kita orang seni tak perlu berkata kasar
tapi ini hanyalah antara kita"
Tidakkah engkau tahu?
Itulah perumpamaannya!
'Lempar batu sorok tangan'
menyakitkan hatiku dan berpura-pura buat tak tahu
Kononnya engkaulah Sang Ratu Nasuhah
lidah lembut menuturkan Hadis dan Syariah
berjilbab dan berlandaskan pada Hidayah diterima
fasih menyebut Tauhid dan Fikah para Aulia
seumpama engkau Zuhud pada perintah Agama
Dalam waktu yang sama tanpa diketahuan sesiapa
lidahmu bercabang dua dan paling berbisa
memaki hamunku tanpa sebarang simpati dirasa
Aku bukan seperti dirimu hanya pandai marah dan berpura-pura
Aku hanya pandai meluahkan apa yang terbuku di dada
Hanyalah melalui karya-karya yang aku cipta
aku melahirkan apa yang aku sedang rasakan
kerana itulah siapa diriku yang sebenarnya
seorang insan yang tidak pandai berpura-pura.
SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
07-12-2011 jam 1315pm.

No comments:
Post a Comment