Saturday, 31 March 2012

selautan cemburumu



laut dan pantai tidak akan bersatu
bersatu dari dermaga sepimu
sepimu berkabus akan kabut hatimu
hatimu yang dihasut api cemburu

cemburumu kini semakin keterlaluan
keterlaluan dalam mengongkong diriku
diriku yang hampir lemas di dataran rindu
rindu yang datang kini berlalu

berlalu pergi tanpa relaku
relaku pujuk tidak akan kulakukan
kulakukan kerana engkau yang memaksa
memaksa aku dek kepanasan api cemburumu

SPL...

No comments:

Post a Comment