koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 21 March 2012
DI DAN KE
*Di dan *ke
harus lebih berhati-hati penggunaannya
jangan terkeliru nanti bercelaru; akibatnya.
Harus diperhatikan
adakah ayat selepasnya
menunjukkan tempat atau sesuatu
ataupun hanyalah kata-kata perbuatan.
Bukan nak tipu!...saya pun terkena selalu
sering terkeliru di mana mahu saya letakkan *di dan ke...di situ.
Kalaulah tempat atau sesuatu
umpamanya hati, dada, jiwa
ataupun tempat seperti muara atau lautan
haruslah penggunaannya dijarakkan.
Contohnya:
di hati, di dada dan di jiwa...di muara dan di lautan
ke mana, ke timur dan ke barat.
Kalau perbuatan pula
seperti cintai, kasihi, sayangi
rinduan dan ributan contohnya
haruslah dirapatkan penggunaannya.
Contohnya:
dicintai, dikasihi dan disayangi...kerinduan dan keributan.
Berhati-hatilah dengan penggunaannya
dan marilah kita jaga tatabahasanya
seraya memartabatkan sastera negara.
Satu Rakyat, Satu Negara dan Satu Sastera; Satu Malaysia.
ss-z/spl/pm...21-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment