Wednesday, 14 March 2012

tengkujuh kembali lagi



musim tengkujuh membuat aku kepenatan seharian ini
dek kerana guruh berdentum di langit tertinggi
kukerahkan kudrat bertitiskan keringat berjatuhan ke bumi
menongkah badai lautan ganas aku selusuri
berolengan kolekku, amukan tsunami sanggup aku redahi

daripada hanya mengail keluh di pantai cinta berahi
mengharapkan simpati bagai pengemis tiada berkudrat lagi
lebih baik aku berusaha dan mengharapkan ehsan dari Illahi
semuga jalaan tambatanku tidak dicemari si ikan duri
yang tidak menguntungkan malahan membuat aku, bertambah rugi

Pelaut Malang Mengharapkan Ehsan Illahi

No comments:

Post a Comment