koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 15 March 2012
~~Biasalah~~
Biasalah...
itulah yang selalu didengar
setiap waktu...setiap masa
saban hari...saban ketika.
Biasalah...itulah yang kau ungkapkan
dah menjadi bagai satu doa
dah jadi bagai satu lumrah
ayat klise.
Mak marah...kau kata biasalah
Ayah tegur...kau kata biasalah
Cikgu denda pun kau kata biasalah.
Anak muda zaman sekarang
semua perkara dianggap mudah
ambil perkara acuh tak acuh, sambil lewa
pelbagailah...biasalah.
Buat mungkar...biasalah
buat malu...biasalah
buat tak tahu...biasalah
dan semuanya kau katakan, biasalah
tiada yang luar biasa...sudah lumrah.
Akhirnya zaman pun kian berubah
penyakit pun bertambah-tambah
dapatlah kau penyakit yang tidak berfaedah
janganlah pula cepat melatah...biasalah.
Biasalah
tiada perkara yang tidak biasa
melainkan yang biasa belaka
malah terus berluasa
anak-anak moden
dengan hasil didikkan kebiasaannya
yang telah...terbiasalah
dah lumrah.
nurul130312
bangi(pm)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment