koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 24 March 2012
TANGISAN SENDIRI
Kekasih
sejak aku kehilanganmu
aku tersiksa...jiwaku merana
menangis nasibku ini, bersendiri.
Puas kugapai
namun tidak tercapai jua
engkau pergi tidak akan kembali
tinggalkan aku sendiri, sedih bersendiri.
Biarkanlah aku begini sendiri
meratapi cintaku ini
tanpa termampu untukku tangisi lagi
nasibku yang ditinggalkan sepi, bersendiri.
Siang dan malam meratapi hati
aku masih bersendiri.
ssz/spl/pm...25-3-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment