koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 10 March 2012
lautanku tercemar
nazak
lautku nazak
nafasku sesak
nadi tidak berganjak
rosak
lautku rosak
akuakulturku nazak
sampah menimbun mula menyemak
semak
lautku dah jadi semak
penghunibumi dah macam pu**m*k
ingat dasar lautku kedai mamak
bersesak-sesak
berebut beli roti canai dan rojak
lepas tu sampah main campak
mana tak naik semak
kau lihat tu mana aku tak kata nazak
tin, botol, tong dah merimbun menjadi semak
kau tengok tu...alahai seluar dalam mamak
kain lampin pakaibuang bayianak
turut dibuang oleh emakemak
bapakbapak dok melepak
main dam di warung kopi macam haprak
buat-buat tak nampak
sisa-sisa toksid berbau hapak
hanya di lihat enak tak enak
menjadi makanan anakanakku pulak
nazak-nazak...rosak-rosak
inikah bekalan warisan yang kita kehendak
bekalan yang nazak...lautanku dah macam haprak
betul-betul macam pu**m*k
Pelaut Malang Terketak-Ketak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment