Sekarang kita bersiaran
secara terus dari karangan Mahkamah Cinta
terus terang...tulus dan mulus
kelihatan tertuduh Pak Chu Supian
sedang dibawa keluar...dibawa ya bukannya diheret
ataupun diseret dari kamar perbicaraan
bukannya kamar tidurnya
mahupun kamar tidur kita semua.
Tertunduk jalannya
dan tidak kelihatan pula peguamcara
yang mempertahankan beliau
Karam Singh Waliau
yang seriau
cuma yang ada
adalah pembantunya...Lim Siew Siau
yang sama seriau juga dengannya.
Kita tanya kepada beliau
tentang perjalanan kes yang sedang dibicarakan...
"En. Lim...mana ya En. Karam Singh Waliau
yang sepatutnya menjadi peguamcara pehak tertuduh?"
"Oh!...Oh!...Oh!...Errr!...Errr!
Apa tadi lu punya soklan ma?"
"En. Karam Singh Waliau mana ya?"
"Oh!...Itu tuan Majistret ha!
ada makan sikit julap malam tadi ma
itu sebab dia banyak seriau ma!"
"Bukan tuan Majistret ma...Karam Singh Waliau ma?!"
"Lu jangan kacau ma...lu mau lu tanya sendiri ma
dia ada di TV3 sana...buat liputan tentang Majistret sakit perut
semalam makan julap...ini hari 'ceret belet' ma"
"Lagi pun ha...bulat pembentung kerana muafakat
berulat anak buluh betung kerana suka menyakat ma"
"Ada butut tak?"
"Cut...cut...ada gak yang nak kena lutut ni karang"
"Huaaaa...'tensyen-tensyen'...nak letak jawatanlah macam ni!"
Sekian sahaja liputan kami
dari luar pekarangan mahkamah Mejistret
adessssssss...salah mahkamahlah
sepatutnya mahkamah cinta
padanlah dia cakap merapu je.
Adussss...
ss-z/spl/pm...22-mac-2012.
No comments:
Post a Comment