koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 12 March 2012
tenang di tepi laut VI
aku tambah senang begini
sendiri-sendiri mengecapi sepi
walau terasa sunyinya hati
bertemankan laut sebagai pengubat sunyi
aku tambah senang begini
sendiri-sendiri berkolekkan sunyi
walau terasa sedih sesekali
menyapa sepi menjerut tangkai hati
aku tambah senang begini
sendiri-sendiri membelai hati
walau sering terasa sunyi
tetap kugagahi hati agar tidak dirundung sepi
aku tenang bertemankan pelangi di hati
Pelaut Malang Menongkah Sepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment