koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 30 March 2012
(Woordopname) KAU MAWARKU
(Woordopname)
KAU MAWARKU
Kau bunga mawar
mawar yang dipuja hati
hati menanggung rindu
rindu akan keindahanmu.
Keindahanmu menawan kalbu
kalbu yang sentiasa bergelora
bergelora badai cintamu
cintamu membelai resahku.
Resahku mencengkam dada
dada yang sentiasa berombak
berombak membadai rinduku
rinduku kepadamu.
Kepadamu cintaku berbunga wahai mawarku.
ssz/spl/pm...30/3/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment