koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 23 March 2012
BILA RINDU DAN CINTA BERKARYA
Hatiku berkata
adakah ini namanya cinta
bersyair dan berirama
sentiasa beraroma
di dalam dada
hasrat bergelora.
Hatiku berkata
adakah ini rindu namanya
bergema akan sifoni pujangga
mencacah parut di jiwa
sentiasa menyapa
kesyahduan membara.
Hatiku akhirnya berbicara dalam berkata-kata
Ya! Inilah namanya rindu dan cinta
yang sentiasa membara dan bergelora...berkarya di jiwa.
ss-z/spl/pm...23-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment