koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 12 March 2013
Aku dan kehidupan milikku.
Kehidupan
percintaan dan rumahtangga
semuanya milik aku
bagai laut terbentang luas
tiada bersempadan mengekang samudera
di situlah aku
seorang nakhoda berbahtera
berlayar di permukaannya
begitulah yang kuzahirkan tentang hidupku
tak perlu orang lain
masuk campur
dalam menentukan hala tuju kehidupanku
aku bebas, meneroka
semahu-mahunya kehendakku
mencari khazanah berharga di dalamnya
yang termampu dilakukan
oleh seorang insan.
Jadi tak perlulah ada insan lain
memandai-mandai
dan menokok tambah perisa
di dalam nasi campur
terhidang
hanya untuk santapan,
... seleraku.
Laukku juga sudah cukup rasa masinnya.
ss/spl/pm ... 12/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment