koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 18 March 2013
Benarkah engkau mengenali hatiku.
Diriku umpama pantai
tidak memilih pengunjungnya
tidak memilih penghuninya,
siapa yang datang
pasti kusambut mesra
pasti kusambut
dengan hati terbuka,
tiada diskriminasi menghambat jiwa
tiada ego menyombong rasa
tiada hasad membelenggu minda.
Namun seperti pantai
terkadang sunyi menghambat lara
sepi menemani asa
tiada siapa mengerti belenggu jiwa
tiada tangan
mahu merawat gersang pantainya.
Benarkah?
... engkau mengenali hatiku sepenuhnya.
ss/spl/pm ... 18/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment