koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 16 March 2013
Bermulanya Cinta.
Telah kuhadiahkan buatmu sayang
sekuntum mawar dari jambangan hati
kulakarkan madah resah
gundah jiwa,
... mengarangi rasa,
tentang rindu kian bernyawa
tentang kasih menguntum bunga
tentang cinta,
... merafak terpa
menyentuh rasa ingin mengungkapkan kata
yang aku mula menyintaimu sayang.
Semakin hari semakin sayang.
ss/spl/pm ... 16/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment