koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 20 March 2013
~ Dalam ketawa ~
Dalam ketawa yang dalam
terkulum suara timbul tenggelam
kukatakan pada mereka yang separuh matang menghuni alam
"kamu adalah pesalah dalam diam
kerana membiarkan aku menjadi pendusta kejam".
Mereka tunduk bisu, kaku terpaku pempan
aku ketawa tinggi dalam belas keharuan
Tiba-tiba terdengar suara gadis dalam sela tangis
"kami hurmat, kami sayang tapi kami juga takut pada abah "
Aku mau ketawa lagi, tapi, ketawaku tak menjadi
aku terkedu berdiri sambil mencari jawapan pasti
lalu kutuliskan di papan putih
A = Allah
B = Besar
A = aku
H = hamba
Dalam ketawa sebak sendu
kunyanyikan sebuah lagu lama
"yang tak berbeza"
~msa:180313. 443SK.Tmloh.~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment