koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 9 March 2013
Hajat
Terikhlas dalam lambaian
tanpa separuh jalan
menongkah hasrat itu
sanggup bertongkat usia
merenung penghujung
pada tangkai nyawa
Percayalah...
kuukir sepenuh kebenaran
bercorak warna rindu
cuma kulukis namamu
terindah di situ
Berombak di lautan kasih
andai perih mengalir lagi
biarlah berkubur rindu dulu
tanpa batu nisan dan nama
pintaku terjemahlah sebuah
hajat...
Moyys01.
8.3.2013.
langkawi island..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment