koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 8 March 2013
Indah seri wajah itu
Tawa sinar berkerlipan
menghulur ikhlas terpancar
selurus kejatuhan cahaya mentari
menyapa basah kesedihan
menjadi ringan dan tenang
pada gelora yang membadai
Saljumu di tadahan air kasih
membasuh suci kesedihan
ranting yang hampir mati
tegak memegang daun janji
tak teretak walau sejalur
luka lama kembali sembuh
kerana ikhlasmu...
Hadirmu memayungi hujan merah
hilanglah cengkaman kisah lalu
kubingkas berlari laju
di atas batas kelembutan kasihmu
kaumenghidup warna hidupku
bersama sejalur cahaya ikhlas
indah seri wajah itu
Moyys01.
8/3/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment