koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 11 March 2013
Karung guni aku ingati.
Masihkah engkau ingat, teman
di dalam karung guni
kita semai persahabatan suci
riang gembira tertawa
bersenda,
... bahagia.
Di saat kita berlumba
kejar mengejar cabar mencabar
menunjukkan kehandalan
melompat dan berlari,
... karung guni
sebagai saksi.
Ahh! ... sungguh indahnya saat itu
zaman kanak-kanak kita bahagia
tiada permusuhan tercela
tiada dosa
tidak menunjuk kuat,
hanya saling sakat menyakat.
Tapi kenapa teman
di saat dewasa kita berjauhan pula
bermusuh dan bermasam muka
hati tersagat noda
hanya kerana cinta,
... perbalahan tercipta.
Hanya kerana cinta, seorang dara.
ss/pl/pm ... 11/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment