koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 4 March 2013
Kumasyhurkan taman di hati.
Telah kubuka taman di hati
buat menerima debunga wangi
menyemai cinta kasih abadi
bersatu induk berbunga sejati.
Telah kutanam di tanahku ini
benih cinta hasrat yang murni
menanti debunga bertunas suci
mekar kelopak di tangkai hati.
Kini tiba masa yang pasti
kunamakan taman di hatiku ini
debunga cinta telah disenyawai
menanti tunas kembali bersemi.
Rosnah Hasim nama kuberi.
ss/spl/pm ... 04/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment