koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 19 March 2013
Kumengerti...
Kauusir semua mimpi
mentari indah berpaksi
kelopak menyepi kering
mereput di dahan ranting
kilauan menyelit angin
pasrah dan berubah
Terasnya cuma longgar
terpahat kebenaran
dalam igauan semalam
kini jatuh tenggelam
terpaksa kutelan
Lontaran pasrah
semakin cerah kugapai
terang dan tercurah
dalam kiasan, kuterkesan
awan mendung di hati
mengirim sunyi diri
kumengerti...
Moyyu.
l8.3.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment