koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 2 March 2013
Menanti kepulanganmu sayang.
Pincang;
seperti daging di kaki tercincang
dicampak ke dalam jurang
terdengket mencari jalan pulang
hatinya walang.
Jurang;
seperti tanah di tepinya berlubang
menanti habuan gersang
melayang nyawa yang malang
jiwanya berdagang.
Gersang;
seperti laluan di tanah usang
habuk dan pasir berterbangan terbang
berebut masuk ke rongga tulang
airmata tumpah sedulang.
Aku pincang di dalam jurang gersang.
ss/spl/pm ... 02/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment