Friday, 8 March 2013

~ menjejak sinar mentari ~


kelam berbayang
ombak-ombak kecil memecah hening
deruan bayu mengepak pelepah waktu
sayup kedengaran kibasan sayap camar pulang
mencari sarang di hujung tanjung
hempasan ombak berbuih, mungubah wajah pantai

kelam bakal menghilangkan
sinar mentari
gelap pasti memagar seluruh alam
bulan entah bila bakal muncul
mencari jalan pulang

kegelisahan mula membina tembok
keraguan bertalu-talu
kesesatan belum pasti
hati gundah gulana
sesalan silih berganti
apa yang pasti
aku mesti

menjejaki sinar mentari, kerana kebahagian aku di sini....

Jue Affendi

No comments:

Post a Comment