koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 6 March 2013
Perjalanan.
Dan hijau zink
menjalar sepanjang laluan
menyapa keresahan
setibanya aku
di stesen Bandar Tasik Selatan
menggamit rasa.
Jam sudah 11.30 pagi
bilakah kaki ini
akan menjejak perkarangan hospital,
... ibuku sedang menanti
ketibaan
anak dan cucunya.
Masih jauh perjalananku
ohh!
... Kuala Lumpur.
ss/spl/pm ... 06/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment