koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 3 March 2013
Petualang-Petualang Bangsat.
Wahai petualang-petualang bangsat
semangat kami jangan disagat
didihnya darah tidak tersekat
meletusnya nanti tidak terkesat.
Wahai petualang-petualang bangsat
keamanan kami jangan diganggu gugat
bulat kami kerana muafakat
berdiri kukuh di dalam syahadat.
Wahai petualang-petualang bangsat
jangan kamu datang menyakat
darah kami penuh iradat
negara kami jangan dikhianat.
Wahai petualang-petualang bangsat
ceroboh kamu kami laknat
datang kamu tidak bersyarat
pulang nanti tersiat-siat.
Wahai petualang-petualang bangsat
ingatlah dan sentiasalah beringat
yang kamu langgar negara terhormat
raja kami raja berdaulat.
Akan kami pertahankan dari pengkhianat bangsat.
Allahu Akhbar.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment